Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Latihan Kecemasan melibatkan Kemalangan Tanker Minyak di Kawasan Serasa, Muara

Fire Drill Kemalangan Tanker di Kawasan Serasa Muara.jpg





Bandar Seri Begawan, Sabtu 21 November 2020


Aziz Latif Transport Sdn Bhd berkerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Cawangan Operasi 'A' serta agensi-agensi yang lain bagi mengadakan latihan kecemasan yang melibatkan kemalangan sebuah Tanker minyak dengan sebuah kereta bertempat di kawasan pusing keliling Jalan Serasa, Muara.


Seramai 12 orang anggota dari Balai Bomba Muara yang di ketuai oleh DSO Shahrin bin Hj Marali telah di kerahkan ke tempat panggilan itu untuk operasi dan menyelamat mangsa. Anggota bomba bertindak pantas mengeluarkan mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Objektif dan tujuan latihan adalah :-

1) Mengikut prosedur yang efektif serta bersistematik bagi menguji kemahiran, koordinasi dan latihan secara praktikal adalah kritikal dalam mana-mana operasi

2) memastikan kesiapsiagaan anggota merupakan faktor utama dalam menangani operasi menyelamat


Jabatan Bomba dan Penyelamat menyarankan kepada orang awam bahawa latihan-latihan seperti ini adalah sangat penting dan perlu sentiasa di pratikkan kerana bagi sama-sama menangani situasi bila berlakunya kemalangan kenderaan dan tindakan yang betul sekurang-kurangnya 2 kali setahun.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

Fire Drill Kemalangan Tanker di Kawasan Serasa Muara 2.jpg

Created at 08/12/2020 11:03 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/12/2020 11:03 by Shahidah Binti Hj Othman