Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

23 Orang Kakitangan dan Sukarelawan Dewan Bahasa dan Pustaka Muara Diikhtiraf sebagai Fire Marshal

Sukarelawan Dewan Bahasa dan Pustaka Muara.jpg




Bandar Seri Begawan, Isnin 2 November 2020. Seramai 19 orang kakitangan dan sukarelawan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Muara dan Bandar Seri Begawan serta 4 orang dari komuniti sukarelawan mengikuti kursus Fire Marshall selama 3 hari bermula pada 2 hingga 4 November 2020 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Muara yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A Jabatan Bomba Dan Penyelamat.


Sepanjang kursus dijalankan para peserta telah didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan pratikal dengan mempelajari akan sebab dan punca berlakunya kebakaran, mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan  secara bersistematik  serta menjalani pratikal bagi tatacara penggunaan alat-alat pemadam api  dengan cara yang betul dan tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran. 


123925668_5138023012890004_278785091666029405_n.jpg


Mereka juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke Unit Operasi Wanita untuk mengetahui lebih dekat akan fungsi dan peranan sebagai ahli Bomba wanita serta diberikan peluang melihat perkakas-perkakas dan peralatan bomba.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 18/11/2020 10:36 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 18/11/2020 10:36 by Shahidah Binti Hj Othman