Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Pertandingan Kemahiran Bomba bagi Tahun 2016

Jabatan Bomba dan Penyelamat – Isnin 10 Oktober 2016

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Pertandingan Kemahiran Bomba bagi tahun 2016, yang diadakan di Padang Kawad, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat,Lapangan Terbang Lama, Berakas.

Hadir di acara pertandingan tersebut ialah Yang Mulia Pengarah Bomba dan Penyelamat LT.KOL (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman

Yang Mulia Pengarah Bomba dan Penyelamat diperkenalkan kepada peserta pertandingan seterusnya merasmikan Pertandingan Kemahiran Bomba 2016

Pertandingan Kemahiran Bomba ini merupakan acara tahunan,yang antara lainnya bertujuan menguji kemahiran serta kecekapan operasi secara berpasukan di antara Cawangan-Cawangan Operasi seluruh Daerah bagi memperlihatkan 'Operational Skills', 'Fitness'dan semangat berpasukan di kalangan mereka berasaskan senario sebenar operasi memadamkan kebakaran dan menyelamat nyawa.

Selain itu juga ianya sebagai satu sukat-sukat yang akan menguji kekuatan fizikal dan mental serta ketahanan jasmani dalam menghadapi pelbagai cabaran halangan dan rintangan yang menunjukkan tugas-tugas yang berbeza daripada cabaran dengan cepat, tepat, disiplin serta strategi dan teknik kemahiran.

A. Segmen 1 ' Rip It Off ' iaitu Kemalangan Jalan Raya :-

B. Segmen 2 ' Braveheart Challenge ' :-

OBJEKTIF PERTANDINGAN :
  1. Kearah meningkatkan profesionalisme anggota
    Bomba menguji kecergasan, ketangkasan, Ketahanan Mental, Fizikal untuk diri sendiri dan juga berpasukan
     
  2. Untuk memperlihatkan kemahiran dan kecekapan peserta dalam penggunaan serta pengendalian peralatan memadamkan kebakaran dan menyelamat nyawa

  3. Membina semangat kerjasama berpasukan di dalam acara yang dipertandingan nanti

  4. Menanamkan semangat rajin berusaha untuk mencapai yang terbaik bagi mencorak ke pelbagaian kemahiran dan pengetahuan 

  5. Mewujudkan suasana muhibah dan merapatkan jurang di antara para peserta di kalangan petindak-petindak kecemasan
     
  6. Memilih dan menghantar satu Pasukan yang terbaik bagi mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam ke International Elite Rescuer Exchange Workshop, SCDF Day Parade and Singapore Global Firefighters and Paramedics Challenge (SGFPC) di Singapura.

Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang-pemenang Pertandingan Kemahiran Bomba 2016 disempurnakan oleh Yang Mulia LT.KOL (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman, Pengarah Bomba dan Penyelamat.

Juga hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Penolong-Penolong Pengarah,Pegawai-Pegawai Kanan, Anggota serta Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat


Keputusan pertandingan Kemahiran Bomba Bagi Tahun 2016 :

AcaraKeputusan
​'RIP IT OFF'​1. Johan Cawangan Operasi 'E'
2. Naib Johan Cawangan Operasi 'C'
3. Ketiga Cawangan Operasi 'G'
​'BRAVEHEART CHALLENGE'

1. Johan Ahli Bomba 942 Mohd Hazizan bin Hj.Mazin, Cawangan Operasi "F"

 

2. Naib Johan Ahli Bomba 1082 Muhd Rifaie bin Hj Abas, Cawangan Operasi "A"

 

3. Ketiga Ahli Bomba 1188 Ahmad Habbibuddin bin Jamaludin, Cawangan Operasi "A"

 

4. Keempat Ahli Bomba 1254 Mohamad Zambree bin Damit, Cawangan Operasi "C"

 

5. Ahli Bomba 1152 Abdul Aziz bin Hj.Hassan, Cawangan Operasi "E"



 IMG_9947.jpg

Created at 20/10/2015 15:07 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi
Last modified at 06/12/2016 12:54 by Nusratina Binti Hj Md Daud