Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

40 Peserta mengikuti Kursus Fire Marshal (3 hari)

Kursus Fire Marshal 8 September 2020.jpg


Bandar Seri Begawan. 08 September 2020 Selasa


Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menjalankan kursus 03 hari bermula pada 31 Ogos hingga 02 September 2020 di Jalan Landasan Lama, Berakas.


Seramai 40 orang yang menyertai kursus tersebut yang terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan di Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya serta kakitangan dari Syarikat GoldMyne Hardware Sdn Bhd didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran di praktikan di tempat kerja.


Peserta juga secara teori dan praktikal mempelajari akan sebab dan punca berlaku kebakaran. Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan penggunaan alat pemadam api yang betul serta membuat latihan pengosongan bangunan yang bersistematik. 


Turut hadir Timbalan Setiausaha Tetap Yang Mulia Kolonel ( B ) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said Jabatan Bomba dan Penyelamat menawarkan Taklimat Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal selama 3 hari. Sebarang pertanyaan hubungi Ibu Pejabat Bahagian Perhubungan Awam di talian 2380409 sambungan 111.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


Created at 12/09/2020 09:21 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 12/09/2020 09:21 by Shahidah Binti Hj Othman