Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Penyerahan Terima Tugas bagi Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘B’, Daerah Belait

Majlis Serah Terima Tugas bagi Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B.jpg


Kuala Belait - Sabtu, 29 Ogos 2020


Majlis Penyerahan Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B, telah berlangsung di Balai Bomba Spark, Sungai Liang. Majlis dimulakan dengan Mantan Pegawai Pemerintah menerima tabik hormat daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan dan seterusnya memeriksa barisan kawalan yang terdiri dari 24 orang anggota diketuai oleh Pegawai Balai Ajak Bin Haji Jais. 


Majlis seterusnya menandatangani lembaran serah terima tugas Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘B’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Muhd Shahreeni Bin Haji Mohd Yussof  dengan Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Noor Aflan Bin Awang Kachi.


Tidak lupa juga penyampaian cenderahati dari pegawai , anggota dan kakitangan Cawangan Operasi B  kepada Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Muhd Shahreeni Bin Haji Mohd Yussof  yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Penguasa Abd Wahid Bin Haji Abdullah. 


Majlis berkenaan disaksikan oleh Timbalan Pemerintah Cawangan Operasi 'B' Pemangku Penguasa Bomba dan Penyelamat Ajahrin Bin Mail dan wakil dari jabatan-jabatan kerajaan, pegawai-pegawai anggota dan kakitangan cawangan Operasi B.


Majlis diakhiri dengan tabik hormat dari Pebarisan Kawalan Kehormatan kepada Pegawai Pemerintah Baru dan bacaan Doa Selamat yang di pimpin oleh Imam Masjid Sungai Liang, Mohd Zulhilmi Bin Mohd Jefri.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat


Created at 08/09/2020 09:17 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/09/2020 09:17 by Shahidah Binti Hj Othman