Temburong, Khamis 16 Julai 2020, Jabatan Bomba Dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi G telah menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa bagi insiden kebakaran unit kedai di Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar pada 11 Julai 2020.
Majlis penyampaian Sijil Masyarakat Berjasa tersebut berlangsung di Balai Bomba Bangar dan disampaikan oleh YM Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pg Mohd. Ameer Mubarak Bin Pg. Haji Hashim kepada:
1. 16978 SJN Mohammad Hildy Bin Wahaja
2. Joraidi @ Puasa Bin Labar
3. Pg. Maswirasyahmi Bin Pg. Momin
4. Roslan Bin Duah
Turut hadir bagi menyaksikan penyampaian sijil tersebut ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'G' Awang Haji Afiq bin Haji Julah dan 14096 SSJN Hamdani Bin Ibrahim, wakil dari Markas Khidmat Bomba Dan Keselamatan, Tentera Darat Diraja Brunei.
JBP menyarankan orang ramai agar:-
Pastikan kedai awda dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan Jenis Debu kering 4 kg dan Selimut api (Fire Blanket)
Pastikan menutup (switch off) mana-mana suiz peralatan eletrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan kedai.
Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-asepk keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Hubungi terus talian kecemasan 995 jika berlaku kecemasan dan memberikan maklumat yang tepat.