Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SUBOK MENUJU KESIAPSIAGAAN DALAM MENYELAMATKAN NYAWA MELALUI LIFESAVER 995

108824990_4567393356619642_8817230585204990584_o.jpg

MAJLIS PERUNDINGAN KAMPONG SUBOK MENUJU KESIAPSIAGAAN DALAM MENYELAMATKAN NYAWA MELALUI LIFESAVER 995


Bandar Seri Begawan, Ahad 12 Julai 2020, Seramai 27 orang ahli MPK kampong Subok telah diberikan taklimat Life Saver 995 dan dilatih tatacara menyelamat mangsa menggunakan folding stretcher bertempat di rumah Pemangku Ketua Kampong Subok yang disampaikan oleh Pegawai Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi “A” dan Unit Skuad Khas Cawangan Operasi “C”.


Objektif adalah kesiapsiagaan sukarelawan MPK Kampong Subok bagi menangani keselamatan orang ramai khususnya kepada pengemar pendaki bukit/beriadah yang semakin hari semakin meningkat terutama sekali di Taman Riadah Bukit Sipatir, Bukit Karamunting dan Bukit Laur Kampong Subok. 


Majlis diselajurkan dengan penyampaian satu set folding stretcher yang disumbangkan oleh Syarikat ACE AGENCIES Berhad yang disampaikan oleh Awang Raymond Sng kepada Pemangku Ketua Kampong Subok Awang Lawi Bin Haji Lamat dan sijil Life Saver 995 kepada 27 peserta MPK Kampung Subok.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Penguasa Kanan Bomba Awang Noor Aflan Bin Awang Haji Awang Kachi, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi “A”, Stesen Komander Balai Bomba Bandar Seri Begawan,  pegawai-pegawai and anggota Jabatan ini.


Jika berlaku sebarang insiden, hubungi Talian Kecemasan 995 Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta berikan maklumat yang betul dan tepat.


Created at 14/07/2020 14:54 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/07/2020 14:54 by Shahidah Binti Hj Othman