Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Penyerahan Sijil Masyarakat Berjasa

Operasi F.jpg

PENYERAHAN SIJIL MASYARAKAT BERJASA


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 01 Julai 2020, Jabatan Bomba Dan Penyelamat melalui Cawangan Operasi F telah menyerahkan sijil masyarakat berjasa bagi insiden menyiasat asap di Bangunan Jerudong Park Medical Centre.  


Majlis penyampaian Sijil Masyarakat Berjasa tersebut berlangsung di Balai Bomba Jerudong dan disampaikan oleh Timbalan Pegawai Pemerintah Operasi ‘F’, YM ASFR Awg Suhaimi bin Haji Muhammad, kepada wakil Jerudong Park Medical Centre iaitu Pegawai Kesihatan, Keselamatan dan Kesejahteraan dan Pegawai Keselamatan Kebakaran, JPMC & PJSC Yang Mulia Awg Hj Saiful N.A bin Hj Hasan .  


Turut hadir bagi menyaksikan penyampaian sijil tersebut ialah YM Pmk SSFR Haji Nordin Bin Haji Buntan, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi F’, Stesen Komander Balai Bomba Jerudong dan Unit Perhubungan Awam Operasi F.  


Saranan JBP bagi langkah-langkah keselamatan dirumah: 


2611.pngPastikan dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api yang bersesuaian (Jenis Powder), selimut api (fire blanket) atau smoke detectors / alat pengesan asap (battery operated)

2611.pngMenutup suiz (switch off) dan menutup mana-mana suiz peralatan elektrik selepas digunakan.


Jika berlaku insiden kecemasan hendaklah menghubungi talian kecemasan bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 14/07/2020 14:40 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/07/2020 14:40 by Shahidah Binti Hj Othman