Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil Di Kubah Makam Diraja sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat kali ke – 60 tahun 2020

88336056_4052042281488088_5562960964560617472_o.jpg

Bandar Seri Begawan, Isnin 02 Mac 2020 - Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, yang diadakan di Kubah Makam Diraja Sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-60 tahun. Lebih 150 Orang anggota yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Md. Amir Hairil bin Awang haji Mahmud Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Juga hadir ialah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan dan juga Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Surah Yassin dan Tahlil dipimpin dan dibacakan oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat Ustaz Haji Othman Bin Awang Asat. 

Majlis yang berkenaan adalah diantara majlis keugamaan yang telah disusun dan selain dari majlis ini Jabatan Bomba dan Penyelamat juga akan meneruskan beberapa lagi aktiviti keugamaan dan kebajikan Sempena Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke – 60, tahun 2020. 

Sehubungan dengan itu, sejajar dengan motto Jabatan Bomba dan Penyelamat “ Keselamatan Kebakaran adalah Tanggungjawab semua”, Jabatan juga ada menawarkan kursus – kursus yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran seperti kursus Fire Marshal, Taklimat Keselamatan Kebakaran, Taklimat Life Saver 995 dan bolehlah berhubung ke Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat melalui talian 2382860 atau 2380409 sambungan 111 semasa waktu pejabat ( office hours ).


Created at 16/03/2020 14:16 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 16/03/2020 14:16 by Shahidah Binti Hj Othman