Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Pelancaran dan Penyerahan E - POSTER sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke – 60 Tahun 2020

E-Poster sempena Sambutan Hari Ulang Tahun JBD.JPG

Bandar Seri Begawan, Isnin 02 Mac 2020 - Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan majlis penyerahan E-POSTER sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Ke-60 bagi Tahun 2020 yang berlangsung di Mess Pegawai Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.

Hadir bagi penyerahan poster berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Lim Hock Guan kepada Pegawai-Pegawai Pemerintah, Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pegawai-Pegawai Perhubungan Awam serta wakil Kementerian-Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Dengan adanya penyampaian E-POSTER tersebut, seterusnya akan memberigakan lagi acara-acara yang telah disusun dan akan berlangsung sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Ke-60 bagi Tahun 2020.

Sehubungan dengan itu, sejajar dengan motto Jabatan Bomba dan Penyelamat “ Keselamatan Kebakaran adalah Tanggungjawab semua”, Jabatan juga ada menawarkan kursus – kursus yang berkaitan dengan keselamatan kebakaran seperti kursus Fire Marshal, Taklimat Keselamatan Kebakaran, Taklimat Life Saver 995 dan bolehlah berhubung ke Bahagian Perhubungan Awam Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat melalui talian 2382860 atau 2380409 sambungan 111 semasa waktu pejabat ( office hours)


Created at 16/03/2020 13:59 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 16/03/2020 14:17 by Shahidah Binti Hj Othman