Sungai Liang, 13 Mac 2023, Isnin
Pada 08 Mac 2023 yang lalu, Seramai 12 Orang Ahli Majlis Perundingan Kampong Merangking, Mukim Bukit Sawat menghadiri taklimat Keselamatan kebakaran yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Bomba Dan Penyelamat, Cawangan Operasi B.
Tujuan taklimat dijalankan adalah bagi memberi pendedahan Dan pengetahuan kepada penduduk Di Mukim tersebut Akan bahayanya kebakaran serta mengambil berat tentang akan aspek-aspek Keselamatan kebakaran. Disamping itu juga Ahli Majlis perundingan kampong Merangking diberikan tunjuk ajar tatacara pengunaan alat pemadam api serta pengunaan hos. Turut hadir bagi sessi taklimat tersebut Awg Raimey Bin Abdullah Ketua Kampong Merangking, Mukim Bukit Sawat.
Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 Dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara Yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.
Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi talian kecemasan 995 Dan memberikan maklumat yang tepat.



