Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MERAIKAN SAUDARA BARU BAGI ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

MAJLIS MERAIKAN SAUDARA BARU BAGI ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.jpg


Bandar Seri Begawan, 19 Januari 2023, Hari Khamis 


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis yang tersebut di atas, bertempat di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas. 


Majlis dimulakan dengan bacaan surah yassin dan tahlil seterusnya Majlis Meraikan Saudara Baru seramai 01 orang iaitu Ahli Bomba Kelas Satu 744 Asrul Affendi Anak Lian dengan memilih nama islamnya sebagai Muhd Asrul Affendi Bin Abdullah Lian daripada Balai Bomba Rataie, Cawangan Operasi 'G' yang telah memeluk ugama islam pada 12 Januari 2023. 


Hadir menyempurnakan Majlis tersebut ialah Yang Mulia Azmi Bin Haji Hafneh, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat. 


Turut hadir majlis berkenaan Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan anggota serta kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat. 


Di kesempatan ini juga, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengucapkan Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT di atas kehadiran saudara baru di Jabatan ini.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


MAJLIS MERAIKAN SAUDARA BARU BAGI ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 1.jpg

MAJLIS MERAIKAN SAUDARA BARU BAGI ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 2.jpg

Created at 21/01/2023 07:22 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 21/01/2023 07:22 by Shahidah Binti Hj Othman