Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JERUDONG DARIPADA SEKOLAH UGAMA KATOK ‘B’

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JERUDONG DARIPADA SEKOLAH UGAMA KATOK B.jpg


Bandar Seri Begawan, 23 November 2022, Hari Rabu 


Seramai 69 orang terdiri daripada murid - murid dan guru - guru dari Sekolah Ugama Katok ‘B' telahpun membuat Lawatan Sambil Belajar ke Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi F.


Rombongan lawatan sambil belajar ini dialu-alukan oleh keanggotaan Unit Perhubungan Awam Operasi ‘F’ dan Balai Bomba Jerudong.  Para pelawat diberi taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba oleh Stesen Komander Balai Bomba Jerudong YM Pmk. ASFR Aliman bin Hj Salleh.  Mereka juga turut melihat secara dekat perkakas menyelamat dan menaiki jentera bomba.  Seterusnya mereka juga dipersembahkan dengan demonstrasi cara-cara memadam kebakaran menggunakan alat perkakas TURBEX mengeluarkan buih. Lawatan tersebut diakhiri dengan ucapan penghargaan dan seterusnya bergambar ramai.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JERUDONG DARIPADA SEKOLAH UGAMA KATOK B 1.jpg

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JERUDONG DARIPADA SEKOLAH UGAMA KATOK B 2.jpg


Created at 24/11/2022 08:11 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 24/11/2022 08:11 by Shahidah Binti Hj Othman