Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SEKOLAH UGAMA SENUKOH DAERAH TEMBURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

SEKOLAH UGAMA SENUKOH DAERAH TEMBURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN.jpg


Daerah Temburong, 17 November 2022, Hari Khamis 


Seramai 16 orang guru dan murid dari Sekolah Ugama Senukoh diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi G Daerah Temburong.


Sepanjang taklimat guru-guru dan penuntut mengetahui tatacara penggunaan alat pemadam api sesuai dengan jenis kebakarn serta berpeluang untuk melihat perkakas-perkakas bomba dengan lebih dekat.


Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada pihak warga sekolah disamping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Turut hadir semasa taklimat tersebut ialah Ustazah Hajah Nordiana Binti Haji Umar, Guru Besar Sekolah Ugama Senukoh.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


SEKOLAH UGAMA SENUKOH DAERAH TEMBURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 1.jpg

SEKOLAH UGAMA SENUKOH DAERAH TEMBURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 2.jpg

SEKOLAH UGAMA SENUKOH DAERAH TEMBURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 3.jpg

Created at 19/11/2022 07:43 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 19/11/2022 07:43 by Shahidah Binti Hj Othman