Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Penyerahan Sijil Masyarakat Berjasa

Penyerahan Sijil Masyarakat Berjasa bagi Cawangan Operasi B.jpg

Kuala Beliat, Khamis, 16 Jan 2020.

 Penguasa Kanan Mohd Shazwan Bin Suhanie, Pemangku Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi B, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Daerah Kuala Belait telah menyerahkan Sijil Masyarakat Berjasa kepada seorang lelaki warga tempatan yangmana telah berjaya memadamkan Kebakaran Elektrik yang berlaku pada 04 Januari 2020, jam 03 32 hrs dialamat Lot 5234, Spg 644-49-40-28, Kg Sg Kang, Lumut 1.

Tindakan pantas Haji Matasim bin Haji Bolhassan(K) telah berjaya memadamkan kebakaran elektrik di ‘Panel Board’ dengan menggunakan sebiji alat pemadam api jenis Debu Kering 1.5 kg sebelum kereta bomba daripada Balai Bomba Spark sampai.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menasihatkan agar;

➢ Sentiasa memastikan setiap pemakaian eletrik tidak mencapai tahap lebih bebanan (overload),

➢ Meletakkan benda-benda yang panas yang boleh menyebabkan kebakaran,

➢ Sentiasa memastikan barang yang dinyalakan dalam keadaan selamat,

➢ Memastikan menutup suiz (switch off) mana-mana peralatan elektrik selepas menggunakannya atau meninggalkannya dalam masa yang lama,

➢ Memastikan pendawaian dalam keadaan baik serta membuat pemeriksaan dengan menggunakan syarikat yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

➢ Pastikan bangunan dilengkapi dengan peralatan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api, selimut api ( fire blanket ) atau pun smoke detectors / alat pengesan asap ( battery operated ).


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang awam hendaklah berhubung terus ke JBP melalui Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 11/02/2020 13:44 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 12/02/2020 09:41 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah