Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SERAMAI 31 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN SWASTA DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL

SERAMAI 31 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN SWASTA DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL.jpg


Bandar Seri Begawan, 12 November 2022, Hari Sabtu 


Seramai 31 orang terdiri daripada pegawai dan pekerja Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, Soartech Systems Sdn Bhd dan Radza Daycare mengikuti  kursus Fire Marshal selama 3 hari bermula pada 7 hingga 9 November 2022 bertempat di Bangunan Teknikal Ibu Pejabat JBP, Jalan Landasan Lama Berakas yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Ibu Pejabat. 


Semasa kursus dijalankan para peserta didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai:-


1. Sebab dan punca berlakunya kebakaran,


2. Mengetahui akan tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik,


3. Tatacara pengunaan alat-alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul,


4. Tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap di dalam bangunan bila berlakunya kebakaran,


5. Lawatan ke Balai Unit Operasi Wanita dan mengenali  perkakas-perkakas dan peralatan Bomba 


Di kesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, LS995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


SERAMAI 31 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN SWASTA DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL 1.jpg

SERAMAI 31 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN SWASTA DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL 3.jpg

SERAMAI 31 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN SWASTA DI IKTIRAF SEBAGAI FIRE MARSHAL 2.jpg

Created at 14/11/2022 08:58 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/11/2022 08:58 by Shahidah Binti Hj Othman