Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEJADIAN KEBAKARAN KERETA BERLAKU LAGI

KEJADIAN KEBAKARAN KERETA BERLAKU LAGI.jpg



Kuala Belait, 23 November 2021, Hari Selasa


Pada jam 11 36 hrs,  seramai 09 orang anggota bomba dari Balai Bomba Kuala Belait telah dikejarkan ke Insiden Kebakaran Kereta di alamat Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait  yang diketuai oleh Penolong Pegawai Balai Hussin Bin Harun.


Sampai di tempat kejadian, didapati api besar telah membakar keseluruhan sebuah kereta jenis van berwarna putih yang berada ditempat letak kereta Pejabat Pos Mumong. Anggota Bomba diarahkan memakai alat penafasan (B.A) bagi bertindak memadam kebakaran dengan mengeluarkan 1 jet hos dan sumber air di perolehi dari Jentera Bomba. Api dapat dipadamkan dalam masa 10 minit.


Pemilik kereta tersebut merupakan warganegara tempatan dan tiada mangsa di laporkan semasa kejadian berlaku. 


JBP menyarankan orang ramai agar:-


1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.


2. Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem eletrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana Arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran. 


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


KEJADIAN KEBAKARAN KERETA BERLAKU LAGI 1.jpg

KEJADIAN KEBAKARAN KERETA BERLAKU LAGI 2.jpg

Created at 24/11/2021 08:58 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 24/11/2021 08:58 by Shahidah Binti Hj Othman