Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MENANGKAP SEEKOR BUAYA DEMI KESELAMATAN ORANG AWAM

ANGGOTA BOMBA BERJAYA MENANGKAP SEEKOR BUAYA DEMI KESELAMATAN ORANG AWAM.jpg



Daerah Temburong, 22 November 2021, Hari Isnin


6 orang anggota dengan sebuah jentera diketuai ABKS 61 Jeludin bin Hj Hamdan dari Balai Bomba Bangar telah dikejarkan ke insiden gangguan binatang liar (Buaya) di Kampung Senukoh, Temburong pada jam 0504hrs.


Sampai ditempat panggilan didapati seekor buaya berada di dalam longkang jalan kampong tersebut. Buaya tersebut berukuran lebih kurang 3 meter. Reptilia tersebut seteruskan diserahkan kepada Bahagian Hidupan Liar, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) bagi tindakan selanjutnya.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1. Memastikan persekitaran kawasan dalam keadaan bersih dan teratur (house keeping).


2. Memastikan pintu rumah dan jendela dalam keadaan tertutup jika awda tidak berada di rumah bagi mengeluarkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah awda.


3. Memastikan keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan agar lebih berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini berlaku.


Dikesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 24/11/2021 08:54 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 24/11/2021 08:54 by Shahidah Binti Hj Othman