Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ULAR TEDUNG DI TEMUI DIKAWASAN LOJI PENAPISAN AIR

ULAR TEDUNG DI TEMUI DIKAWASAN LOJI PENAPISAN AIR OPERASI G.jpg



Daerah Temburong - Pada 20 November 2021 yang lalu, 6 orang anggota dengan sebuah jentera diketuai ABKS 628 Esmanto bin Hj Abd Rahman dari Balai Bomba Rataie telah dikejarkan ke insiden gangguan binatang liar (ular) beralamat Loji Penapisan Air Kampung Sembiling Baru, Temburong pada jam 2024hrs.


Sampai ditempat panggilan didapati seekor ular tedung melilit di kabel elektrik, ular tersebut berukuran lebih kurang 1 meter panjang dan 2cm lilitan. Anggota bomba bertindak pantas menangkap ular tersebut dengan menggunakan peralatan _snake catcher._ Seterusnya dilepaskan kehabitatnya di kawasan yang jauh dari tempat kawasan perumahan bagi memastikan keselamatan orang awam daripada bahaya.


Saranan Jabatan Bomba dan Penyelamat:


1. Jangan sesekali menghampiri atau berhasrat untuk mengancam binatang berkenaan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


2. Memastikan pintu rumah/bangunan dan jendela dalam keadaan tertutup jika awda tidak berada di rumah bagi mengelakkan binatang-binatang liar seperti anjing liar, ular, buaya dan monyet memasuki rumah awda.


3. Reban ayam, itik atau kandang binatang peliharaan boleh menarik perhatian binatang liar seperti ular dan sebagainya. Pastikan persekitaran rumah dan reban dalam keadaan bersih dan teratur (house keeping).


Dikesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti kursus Fire Marshal,Live Saver 995 dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan, hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.



Created at 22/11/2021 07:55 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 22/11/2021 07:55 by Shahidah Binti Hj Othman