Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI HUTAN SUNGAI MERAGANG MUKIM LABU

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI HUTAN SUNGAI MERAGANG MUKIM LABU.jpg

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI HUTAN SUNGAI MERAGANG MUKIM LABU


Temburong, 13 Oktober 2021,Hari Rabu


Pada 1504 hrs, 12hb Oktober 2021 Jabatan bomba menerima panggilan mencari orang hilang di Hutan Sungai Meragang Mukim Labu, Temburong dan mengarahkan sebuah jentera dari Balai Bomba Bangar ke lokasi tersebut. 


Apabila sampai ditempat kejadian dan mengikut keterangan ahli keluarga dan rakan, mangsa adalah seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun telah memasuki ke hutan dan dipercayai sesat. Pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba seramai 21 orang daripada operasi G dan Skuad khas bersama anggota polis RU "C" di sekitar kawasan hutan tersebut hingga ke hari esuknya dengan bantuan renjer dari Jabatan Perhutanan.


Pada jam 1318 hrs, makluman daripada Polis Bangar kepada _Incident Commad Post_ bahawa mangsa telah dijumpai di tepi jalan utama di Kampong Perdayan. Mangsa diserahkan kepada pihak Hospital PIHM Temburong untuk tindakan selanjutnya.


Operasi di ketuai oleh SSFR Haji Afiq bin Hj Julah, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi G dan dibantu Pmk ASFR Jamaludin bin Ahmad Stesen Komander Balai Bomba Bangar.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan agar:-


Pastikan tahu akan keadaan cuaca dari masa ke semasa dan tidak meneruskan aktiviti jika keadaan sudah mulai gelap (6pm).


Jangan mendaki atau memasuki hutan secara berseorangan ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku dan maklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan dimana tempat awda hendak tuju.


Untuk keselamatan awda semasa hiking disarankan agar awda membawa bersama wisel, lampu, telepon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI HUTAN SUNGAI MERAGANG MUKIM LABU 1.jpg

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI HUTAN SUNGAI MERAGANG MUKIM LABU 2.jpg


Created at 14/10/2021 09:29 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/10/2021 09:29 by Shahidah Binti Hj Othman