Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN.jpg



Bandar Seri Begawan, 11 Oktober 2021, hari Isnin 


Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba Berakas dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita, Cawangan Operasi ‘C’ dan bantuan tangki air dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi ‘A’ dikejarkan ke Insiden Kebakaran Rumah di Kampong Pancha Delima 2 yang diketuai oleh SO Norhermi Bin Md Nor pada jam 0803 hrs.


Sampai di tempat panggilan didapati sebuah rumah jenis setinggan yang diperbuat daripada dinding dan atap zink serta berlantaikan papan terbakar keseluruhan.  Rumah tersebut kepunyaan warganegara tempatan dan disewakan kepada warganegara Indonesia seramai 6 orang. Semua penghuni rumah telahpun keluar sebelum jentera Bomba sampai. 


Ahli Bomba  bertindak memadam dengan menggunakan 3 aliran sebanyak 5 batang hos serta menggunakan control dividing breeching dan 2 pasukan memakai alat pernafasan masuk bagi memadam kebakaran. Air diperolehi dari jentera bomba dan pili-pili bomba berdekatan.Api dapat dikawal dalam masa 7 minit. Tidak ada korban jiwa dan kecederaan berlaku. Punca dan anggaran masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


Memastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 4 kg dan selimut api (Fire Blanket).


Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


Jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.


Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN 1.jpg

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN 2.jpg

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN 3.jpg

SEBUAH RUMAH TERBAKAR KESELURUHAN 4.jpg



Created at 14/10/2021 09:19 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/10/2021 09:19 by Shahidah Binti Hj Othman