Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

PERSATUAN AL IKHLAS PRIHATIN KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT

PERSATUAN AL IKHLAS PRIHATIN KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT.jpg



Bandar Seri Begawan, 09 Oktober 2021, Hari Sabtu


Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima sumbangan berupa peralatan dan perkakas untuk digunakan bagi beroperasi iaitu sebanyak 3 set generator, 3 set spotlight, 3 set portable spotlight, 3 set extension wire dan 3 nos gelen 20 liter daripada Persatuan Al-Ikhlas. Penyerahan telah disampaikan di Balai Bomba Berakas, Cawangan Operasi ‘C’ oleh YM Tuan Haji Ranee Bin Haji Othman kepada YM SFR Haji Mustapa Bin Haji Mohammad, Timbalan Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’.


Hadir bagi menyaksikan penyampaian tersebut ialah Senior Management Team, Stesen Komander Balai Bomba Berakas dan Pegawai Bahagian Logistik.

JBP sentiasa meningkatkan kesiapsiagaan menangani apa jua panggilan kecemasan 24jam bagi memastikan kesejahteraan orang awam walaupun dalam keadaan penularan pandemik Covid-19 melanda Negara kita. 


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Kursus Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

PERSATUAN AL IKHLAS PRIHATIN KEPADA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT 1.jpg


Created at 11/10/2021 09:28 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 11/10/2021 09:28 by Shahidah Binti Hj Othman