Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

ANGGOTA BOMBA MENGHADIRI INSIDEN KEBAKARAN ELETRIK DI KG KATIMAHAR

ANGGOTA BOMBA MENGHADIRI INSIDEN KEBAKARAN ELETRIK DI KG KATIMAHAR.jpg



Bandar Seri Begawan, 13 Sept 2021, Hari Isnin


Pada jam 2019hrs seramai 5 orang anggota bomba dari Balai Bomba Pengkalan Batu, Cawangan Operasi ‘F’ menghadiri Insiden Kebakaran Eletrik di Kg Katimahar yang diketuai oleh ASO Hj Akup bin Hj Aliusin.


Semasa tiba di tempat panggilan didapati 1 unit penghawa dingin telah terbakar dan telah dipadamkan oleh penghuni rumah (warga tempatan). Beliau menutup main suis eletrik rumah tersebut sebelum memadamkan kebakaran tersebut menggunakan air paip dari hos getah rumah tersebut. 


Anggota bomba standby membawa 1 biji alat pemadam api jenis dry powder 4kg serta menjalankan pemeriksaan keselamatan. Tidak ada korban jiwa dan kecederaan berlaku. Punca dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


Memastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 4 kg dan selimut api (Fire Blanket).

Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

Jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.

Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.


Dikesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.  Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


Created at 15/09/2021 14:37 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 15/09/2021 14:37 by Shahidah Binti Hj Othman