Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEBAKARAN STOR DI KG BUKIT BUNGA, JERUDONG BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA

KEBAKARAN STOR DI KG BUKIT BUNGA, JERUDONG BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA 1.jpg

Bandar Seri Begawan, 10 September 2021, Hari Jumaat 


Seramai 7 orang anggota bomba dari Balai Bomba Jerudong Cawangan Operasi ‘F’ dikejarkan ke Insiden Kebakaran Stor di Kg Bukit Bunga, Jerudong yang diketuai oleh DSO Yusof bin Bujang pada jam 0949 hrs.


Sampai di tempat panggilan didapati api besar membakar keseluruhan stor.  Ahli Bomba segera memakai alat pernafasan dan bertindak memadam kebakaran tersebut menggunakan 5 batang hos. Air diperolehi daripada jentera bomba dan pili-pili bomba. Api dapat dipadamkan dalam 5 minit. Tidak ada kemalangan jiwa berlaku dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


Memastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 4 kg dan selimut api (Fire Blanket).

Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.

Jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.

Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.


Dikesempatan ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran.  Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

KEBAKARAN STOR DI KG BUKIT BUNGA, JERUDONG BERJAYA DIPADAMKAN OLEH ANGGOTA BOMBA 2.jpg


Created at 11/09/2021 07:52 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 11/09/2021 07:52 by Shahidah Binti Hj Othman