Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Lawatan

APJ10043.jpg

​Bandar Seri Begawan - 29 November 2017

Seramai 20 orang peserta dari 3rd BRUNEI DARUSSALAM AND SINGAPORE JOINT TRAINING ANNUAL EXCHANGE PROGAMME telahpun  membuat lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat yangmana seramai 10 orang peserta dari Singapura yang diketuai oleh Major Lee Peng Yang, SCDF dan 10 orang peserta dari Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pegawai Pentadbir Tingkat Khas Awang Muhsin bin Ahmad.APJ19880.jpg

Aturcara lawatan rombongan 3rd BRUNEI DARUSSALAM AND SINGAPORE JOINT TRAINING ANNUAL EXCHANGE PROGAMME ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Awang Lim Hock Guan dan seterusnya sesi taklimat mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat Negara Brunei Darussalam yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Shahrin bin Haji Mohd Jawie.

Hadir sama ialah kedutaan dari Singapura, Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kol (B) Pg Haji Maiddin bin Pg Haji Said, Penolong Penolong Perancangan Latihan dan Kakitangan, Pegawai-Pegawai kanan, Pegawai-Pegawai serta anggota dan Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Selasai sahaja taklimat, para rombongan kemudian dibawa melawat ke Balai Unit Operasi Wanita dan menerima penerangan mengenai penubuhan Unit Operasi tersebut dari Anggota Perhubungan Awam, ABW 956 Linda bte Hj Pungut.

Para rombongan seterusnya berkesempatan menyaksikan satu demonstrasi keupayaan oleh anggota Bomba wanita dari unit berkenaan dan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

APJ19881.jpg APJ19897.jpg APJ19938.jpg


Created at 04/12/2017 13:05 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 04/12/2017 13:12 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah