Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Kempen Derma Darah

IMG_1789.jpg

​Bandar Seri Begawan - 29 November 2017

Jabatan Bomba dan Penyelamat sekali lagi dengan kerjasama dari pihak Perkhidmatan Makmal, Hospital Ripas telahpun mengadakan kempen derma darah yang berlangsung  di Balai Unit Operasi Wanita, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pada tahun ini kempen ini telah berjaya dibuat sebanyak 6 kali yang mana bermula semasa menyambut ulang tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat yang ke 57 tahun di kempat-empat Daerah dan kemudian dilaratkan lagi hingga kini untuk bertujuan menampung keperluan tabung simpanan darah bagi mereka yang memerlukannya.

Hadir di kempen tersebut adalah Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kol (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said dan Timbalan Pengarah, Awang Lim Hock Guan dan juga Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi 'C' Awang Noor Aflan bin Awang Kachi bagi sama-sama mendokong kempen yang dijalankan. Sebanyak 24 pint darah telahpun berjaya dikumpulan.

IMG_1797.jpgSeterusnya penyampaian poster yang telah ditandatangani oleh mereka yang berjaya mendermadan menyakan kempen derma darah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada pihak Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Haji Matusop bin Haji Daud, Penyelia Maklmal di Hospital RIPAS. 

IMG_1764.jpg IMG_1767.jpg IMG_1771.jpg IMG_1772.jpg IMG_1781.jpg

Created at 04/12/2017 10:55 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 04/12/2017 10:57 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah