Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Penyampaian Generator

IMG_2210.jpg

​Bandar Seri Begawan, Khamis, 22 Jun 2017

Selain dari menghafiri tugas utama bertindak semasa kecemas Jabatan Bomba dan Penyelamat juga melaksanakan tugas bantuan kemasyarakatan seperti menerima panggilan bantuan dan penyediaan lampu bagi pengkebumian jenazah dikubur. Melaksanakan kerja-kerja pengkebumian akan menjadi rumit jika keadaan gelap atau kurang cahaya dan Jabatan Bomb dan Penyelamat sering memberi perkhidmatan bantuan lampu kepada yang memerlukan.

Hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima sumbangan berupa dua (2) buah generator daripada bekas ahli-ahli Penuntut Sekolah Menengah Berekas Tahun 1975-1980 yang diketuai oleh Haji Zaini bin Haji Batang. Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Dayang Zaiton bin Abdullah, Setiausaha Ahli-Ahli Berakas Penuntut sekolah Menangah Berakas kepada Yang Mulia Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lt Kol (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman. Seterusnya, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat menyerahkan generator lampu yang disumbangkan kepada Pegawai-Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi yang berkenaan yang sering menerima permintaan bantuan lampu iaitu bagi Cawangan Operasi A dan C, Daerah Brunei Muara.

Hadir dan menyaksikan penyerahan sumbangan di majlis tersebut ialah Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Ahli-Ahli rakan bekas Penuntut Sekolah Menengah Berakas Tahun 1975-1980.

Mengikut keterangan ahli-ahli bekas penuntut berkenaan pada awalnya telahpun membuat beberapa perjumpaan dan hasil dari pencarahan dan persetujuan serta buah fikiran daripada ahli-ahli bekas penuntut Sekolah Menengah Berakas tersebut, berhasrat untuk menyumbangkan generator lampu tercetus apabila ketua ahli menyurakan cadangan berkenaan suatu ketika dahulu.

Maka timbul lah ilham daripada mantan Pegawai Bomba Awg. Ranee bin Hj.Othman untuk menyumbangkan alat berkenaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana Jabatan Bomba dan Penyelamat sering menggunakan peralatan berkenaan bagi memberikan perkhidmatan bantuan bencana waktu malam yang memerlukan cahya lampu, seperti bantuan menebang pokok tumbang, tanah runtuh dan bantuan lampu untuk menerangi kerja-kerja pengkebumian jenazah orang-orang islam di waktu malam. Mereka telah bersepakat untuk membuat sumbangan berupa dua (2) buah generator lampu dengan niat amal jarih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu masyarakat.

IMG_2157 (1).jpgIMG_2199.jpgIMG_2194.jpgIMG_2203.jpg

Created at 29/06/2017 12:16 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 29/06/2017 12:16 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah