Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Penyampaian Minuman Kepada Anggota Bomba dan Penyelamat Yang Bertugas Pada Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

IMG_2164 (1).jpg

​Bandar Seri Begawan, Khamis, 22 Jun 2017

Suasana Menjelangnya hari raya kini telah terasa dengan hanya kurang dari seminggu lagi untuk umat islam menunaikan ibadah puasa.

Untuk menantikan menjelangnya hari raya, kebajikan anggota bomba juga tidak dilupakan terutama bagi anggota bomba yang akan bertugas pada hari raya pertama, kedua dan ketiga nanti.

Satu majlis penyampaian minuman diadakan di balai bomba berakas, Landasan Terbang Lama Berakas yang disempurnakan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lt Kol (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman kepada pegawai-pegawai pemerintah setiap cawangan di seluruh daerah.

Dengan adanya penyampaian minuman tersebut, dapatlah nanti anggota bomba merayakan sambutan hari raya semasa mereka bertugas dibalai-balai bomba mahupun unit-unit diseluruh negara walaupun tanpa kehadiran keluarga disebabkan menjalankan tugas yang telah dipertanggunganjawabkan. Walau bagaimanapun sekurang-kurangnya dengan adanya pemberian minuman berkenaan suasana keriangan semasa di hari raya akan dapat dirasakan bersama rakan-rakan walaupum ketika bertugas.

IMG_2161.jpgIMG_2168.jpgIMG_2173 (1).jpgIMG_2174.jpgIMG_2179.jpgIMG_2180.jpgIMG_2183.jpg

Created at 29/06/2017 11:12 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 29/06/2017 11:14 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah