Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad ke 47 Tahun 2016-2017

APJ13737 (1).jpg

​Selasa, 02 Mei 2017

Jabatan Bomba dan Penyelamat merupakan salah sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan atau bantuan kepada masyarakat dan orang ramai yang berperanan utama dalam menangani panggilan-panggilan kecemasan yang menjurus kepada menyelamat nyawa dan harta benda.

Dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang kian mencabar, sejajar dengan arus kemodenan dan perkembangan semasa. Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak ketinggalan dalam melaksanakan keperluan-keperluan mengikut kehendak perederan masa dari segi peralatan dan jentera, infrustruktur dengan penambahan balai-balai bomba, latihan kemahiran dan keanggotaan.

Sumber Tenaga Manusia adalah juga sangat penting sebagai nadi pengerak atau jentera sesebuah Jabatan. Sehubungan itu seramai 39 orang Ahli Bomba Pelatih Lelaki telah menjalani Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad ke 47 tahun 2016-2017 seperti berikut:-

- 16 Oktober 2016 hingga 11 Februari 2017 selama 4 bulan, mengikuti kursus Asas Kebombaan bertempat di Pusat Latihan Bomba dan Penyelamat Lambak Kanan.

- 16 Februari 2017 hingga 10 April 2017 selama 2 bulan, telah diserapkan ke Balai-Balai Bomba bagi mendalami Bidang Operasi Menyelamat dan Mamadam Kebakaran.

- 02 Mei 2017, Tamat Latihan Kursus Asas Ahli Bomba Pelatih Lelaki Skuad ke 47 Tahun 2016-2017 berlangsung di Pusat Latihan Bomba Lambak Kanan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat,

Yang Mulia Awang Haji Idris bin Haji Md Ali, ( Timbalan Setiausaha Tetap ) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

APJ13623.jpg APJ13635.jpg IMG_0344.jpg IMG_0347.jpg IMG_0350.jpg IMG_0354.jpg

Created at 08/05/2017 13:43 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 08/05/2017 13:43 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah