Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Majlis Tahlil Di Kubah Makam Diraja

IMG_0130.jpg

​Isnin, 01hb Mei 2017

Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57 tahun, lebih 100 orang anggota yang terdiri daripada Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat menghadiri Majlis Membaca Surah Yassin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, yang diadakan di kubah Makam Diraja.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Haji Idiris bin Haji Md Ali dan Awang Haji Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pengarah Bomba dan Penyelamat, Lt Kol (B) Awang Yahya bin Haji Abd Rahman dan Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Surah Yassin dan Tahlil dipimpin dan dibacakan oleh Ketua Guru Ugama Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ustaz Hj Adanan bin Hj Ahmad.

Majlis yang berkenaan adalah diantara majlis keugamaan yang telah disusun Sempena Hari Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat ke-57, tahun 2017

Selain dari majlis ini Jabatan Bomba dan Penyelamat juaga akan meneruskan aktiviti keugamaan pada 18 Mei 2017 iaitu Gotong Royong Membersihkan Kawasan Perkuburan Islam khususnya bagi pegawai, anggota dan kakitangan Jabatan ini yang telah meninggal dunia yangmana akan diadakan serentak di keempat-empat Daerah mengikut Cawangan-Cawangan.


IMG_0133.jpg IMG_0145.jpg

IMG_0138.jpg

Created at 02/05/2017 12:19 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 02/05/2018 15:07 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah