Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

MENCARI MANGSA SESAT DI KAWASAN LEBUHRAYA MUARA TUTONG.

MENCARI MANGSA SESAT DI KAWASAN LEBUHRAYA MUARA TUTONG.jpg



Bandar Seri Begawan, 01 Mei 2021 Sabtu, 


Seramai 11 orang anggota diketuai oleh ASO Metusin bin Hj Menudin dan 2 buah jentera dari Balai Bomba Jerudong dan Skuad Khas dikerahkan ke insiden mencari dan menyelamat orang sesat pada jam 0036 hrs bertempat di Lebuhraya Muara Tutong, Selepas Lampu Isyarat Zon 70. 


Apabila sampai di tempat panggilan penyiasatan dijalankan kepada rakan mangsa mengatakan 2 orang rakan mereka telah tersesat di dalam hutan semasa mencari umbut sejak jam 1500 hrs pada 30.04.2021. Anggota Bomba bertindak menjalankan pencarian bersama 2 orang rakan mangsa.  Pada jam 0239 hrs, pencarian diberhentikan di sebabkan mangsa tidak dijumpai dan dengan keadaan hutan yang tebal, gelap dan membahayakan seterusnya Anggota Bomba diarahkan keluar dari hutan.  Pada keesokan pagi nya, operasi mencari dimulakan bersama Anggota Polis RUC seramai 4 orang dan Unit K9 seramai 9 orang bersama 2 ekor anjing.  


Mangsa dijumpai pada jam 0842 hrs, oleh Unit K9 dalam keadaan lemah dan tidak mendapat sebarang kecederaan, seterusnya dibawa keluar dari hutan tersebut.  Jarak jauh dari tempat pencarian 1 KM.


Saranan JBP

JBP menyarankan kepada orang ramai yang pendaki bukit agar:-

Untok keselamatan disarankan agar membawa peralatan seperti: Wisel, Lampu suluh, Telepon bimbit dan Air.

  Pastikan mengetahui keadaan cuaca yang terkini sebelum meneruskan hasrat membuat aktiviti hiking.

 Jangan mendaki bukit secara berseorangan ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku.

 Jika awda merasa tidak sehat, jangan meneruskan aktiviti pendakian.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Umum Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api khusus.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

MENCARI MANGSA SESAT DI KAWASAN LEBUHRAYA MUARA TUTONG 1.jpg

Created at 04/05/2021 10:04 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 04/05/2021 10:04 by Shahidah Binti Hj Othman