Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

KEBAKARAN KERETA DI KAWASAN KAMPONG SUNGAI TILONG

KEBAKARAN KERETA DI KAWASAN  KAMPONG SUNGAI TILONG.jpg



Bandar Seri Begawan, Hari Ahad, 01 Mei 2021 


Dua buah jentera dari Balai Bomba Lambak Kanan yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Balai Haji Mohamad Noor Bin Haji Ahad dikejarkan ke insiden kebakaran kereta pada jam 1243hrs di Kawasan Kampong Sungai Tilong.


Sampai didapati api besar membakar keseluruhan sebuah kereta SEDAN. Ahli Bomba bertindak memadam menggunakan 1 hos reel. Air diperolehi daripada tangki jentera bomba. Tidak ada korban jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


JBP menyarankan orang ramai agar :


1. Sentiasa meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan kebakaran kereta.


2. Memastikan pemasangan pendawaian bagi peralatan elektrik di kenderaan dilaksanakan oleh pekerja bengkel yang bertauliah supaya pendawaian yang dibuat itu adalah dengan cara yang betul, yang tidak  mendatangkan bahaya kebakaran.


3. Dinasihatkan mempunyai 1 atau 2 alat pemadam api jenis Dry Chemical Powder di dalam kereta.


4. Bagi kenderaan yang melebihi usia 7 tahun ke atas dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di bengkel-bengkel yang mahir dan bertauliah.


Dikesempatan ini JBP ada menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api. 


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, orang awam hendaklah berhubung terus ke JBP melalui Talian Kecemasan Bomba 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 04/05/2021 09:45 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 04/05/2021 09:45 by Shahidah Binti Hj Othman