Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

Kempen Derma Darah

IMG_6558.JPG

​Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Operasi 'E' Daerah Tutong dengan kerjasama Unit Tabung Simpanan Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengerian Anak Saleha, Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen derma darah pada 13 Jamadilakhir 1438H bersamaan 11 Januari 2017.

Dari pihak Unit Tabung Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berjaya mengumpul sebanyak 41 pain darah di perolehi daripada anggota Cawangan Operasi E dan Orang ramai.

Sehubungan dengan itu, Objektif kempen Derma darah ini ialah:-

I. Membantu pihak Unit Tabung Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital RIPAS, Negara Brunei Darussalam untuk mendapatkan lebih ramai penderma darah terutamanya di kawasan Daerah Tutong ini.

II. Membantu kekurangan bekalan darah bagi Tabung bekalan darah Hospital RIPAS, Negara Brunei Darussalam serta membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada saat-saat kecemasan dan bila-bila masa diperlukan.

III. Memupuk semangat saling bantu membantu dikalangan Warga Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kakitangan bersama agensi kerajaan dan juga  Masyarakat Am nya di Daerah Tutong ini.

IMG_6554.JPG IMG_6555.JPG IMG_6556.JPG

IMG_6560.JPG IMG_6559.JPG

Created at 14/01/2017 14:30 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah
Last modified at 14/01/2017 14:30 by Ak Hj Malik Hijrahuddin Bin Pengiran Hj Tengah