Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

'Workshop On Managing and Coordinating Forest Fire Fighting Operations'

APJ12948.jpg

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah melalui perkembangan dalam pelbagai aspek untuk memberkan perkhidmatan kepada masyarakat selaras dengan Visi Jabatan iaitu ' Berkerjama Dengan Masyarakat Bagi Melindungi Apa Yang Mereka Hargai'.

 

Peranan Jabatan juga semakinmencabar dan sentiasa giat memantapkan keupayaannya bagi memenuhi kehendak Misi Jabatan iaitu 'Mengurangkan kadar kejadian akibat kebakaran dan bertindak dengan cara professional bagi menangani apa-apa juga panggilan kecemasan' selaras dengan perkembangan dan kehendak semasa demi memberikan sumbangan dan perkhidmatan yang sangat diperlukan oleh masyarakat dan Negara sejajar dengan matlamat strategic Jabatan 2025.

 

Oleh itu Jabatan kali ini mengadakan kursus "WORKSHOP ON MANAGING AND COORDINATING FOREST FIRE FIGHTING OPERATIONS IN COLLABORATION WITH FRANCE CIVIL PROTECTION AGENCY" selama empat (04) hari bermula padaq 14 November 2016 hingga 17 November 2016, bertenpat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Lapangan Terbang Lama Berakas. Kursus ini disampaikan oleh Colonel Bruno Ulliac, Regional Adviser for Civil Protection (ASEAN), Expert and trainer in Search and Rescue, USAR, UNDAC and UE expert dari Pegawai Kanan DCI di Singapura dan dua (02) orang pegawai pakar dalam bidang ini.

 

Hadir di majlis penutup dan menyempurnakan penyampaian sijil kursu tersebut ialah Penolong Pengarah Operasi Awang Shahbandi bin Haji Abdul Halim.

 

Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

 

Kursus ini melibatkan seramai 30 orang pegawai-pegawai daripada Tentera Darat Diraja Brunei, Tentera Udara Diraja Brunei, Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Perhutanan, Brunei Sell Petroleum dan Emergency Medical and Ambulance Services (EMAS).

 

Tujuan kursus tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang kaedah yang terbaru kepada anggota-anggota yang semestinya digunapakai semasa beroperasi dan berupaya untuk mengatasi memadam kebakaran hutan yang lebih terarah.

 

Seperti yang diketahui, pada beberapa bulan kebelakangan ini, Negara Brunei Darussalam telah pun mengalami perubahan iklim yang tak menentu iaitu cuaca panas atau lebih dikenali lagi dengan fenomena EL-NINO hingga menyebabkan terjadinya kebakaran yang melibatkan sebahagian hutan dan rumput di keempat-empat daerah.


Kursus ini direka khusus untuk melatih dan menningkatkan kemahiran dan kaedah memadamkan kebakaran hutan, dimasa yang sama memberi gambaran jelas dan tatacara pengurusan operasi tersebut yang mantap dan berkesan. Petindak-petindak haruslah mempunyai kepakaran yang kental ketika menjalankan tugas yang memerlukan kemahiran perkakas dan peralatan memadam kerana petindak-petindak akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan risiko-risiko seperti jarak penglihatan yang terhad, api bahangan, asap beracun / bertoksik yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.

Objektif kursus ini adalah untuk :

  1. Memberi pendedahan dan pengetahuan tentang aspek-aspek berlakunya kebakaran.
  2. Memperluaskan lagi pengetahuan yang terharu dalam memperbagaikan lagi usaha-usaha memadamkan kebakaran hutan yang lebih terarah.
  3. Memastikan kefahaman semasa bengkel yang dijalankan akan dijadikan keutamaan semasa beroperasi agar lebih berkesan.
  4. Meningkatkan keupayaan anggota menjalankan operasi memadamkan kebakaran hutan dengan cara bersistematik.

 

Doa selamat dibacakan Oleh Ustaz Haji Adanan bin Haji Ahmad, Ketua Ugama Jabatan Bombda dan Penyelamat.

APJ12940.jpg

APJ12953.jpg

APJ12954.jpg

APJ13061.jpg

APJ13186.jpg

APJ12962.jpg

Created at 21/11/2016 10:08 by Abu Mansor Almaturidi Bin Hj Zabandi
Last modified at 06/12/2016 12:54 by Nusratina Binti Hj Md Daud