Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Manage PermissionsManage Permissions

GAS BOCOR MELIBATKAN KEBAKARAN DAPUR

Gas Bocor melibatkan Kebakaran Dapur.jpg


   

Bandar Seri Begawan, 01hb April 2021 Khamis 


Sebuah jentera Bomba dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh DSO hj Mohamad bin Hj Ibrahim bersama 5 orang anggota dikejarkan ke insiden gas bocor yang melibatkan kebakaran dapur pada jam 1613hrs di kawasan Kg Sungai Tampoi.


Apabila sampai ditempat panggilan didapati sebahagian dapur berkenaan telah terbakar. Ahli Bomba seterusnya memakai alat pernafasan dan segera bertindak  memadam kebakaran tersebut menggunakan 1 jet hose 38mm sebanyak 2 batang hingga selesai. Api dapat dikawal dalam masa 5 minit. Punca api dipercayai daripada kebocoran hos gas LPG dibahagian tambak dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


JBP menyarankan orang ramai agar :

1. Pastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api seperti Jenis ‘Dry Powder’, Selimut Api (Fire Blanket), atau Alat Pengesan Asap (Smoke Detector Battery Operated)


2. Memastikan pemasangan pendawaian dan peralatan elektrik di dalam kediaman dilaksanakan oleh pekerja yang bertauliah,

 

3. Pastikan menutup (Switch Off) mana-mana suiz peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


4. Pastikan untuk menutup dan dicabut kepala gas jika tidak digunakan serta menggantikan kepala gas  setiap 5 tahun dan hos gas setiap 2 tahun mengikut piawaian pihak BSM.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


Gas Bocor Melibatkan Kebakaran Dapur 1.jpg

Created at 03/04/2021 09:44 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 03/04/2021 09:44 by Shahidah Binti Hj Othman