Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEBAKARAN RUMAH (STAFF HOUSE) DI JALAN ANDULAU

KEBAKARAN RUMAH DI JALAN ANDULAU.jpg


Sungai Liang, Kuala Belait


pada 01hb Ogos 2023 Hari Selasa yang lalu, sebelah pagi, sebuah rumah banglo dan rumah jenis 2 tingkat telahpun mendapat kebakaran (Staff House) di Jalan Andulau Sg.Mau, Kuala Belait. Seramai  13 orang Anggota Bomba daripada Balai Bomba Sungai Liang serta bantuan tenaga daripada Balai Bomba Labi seramai 6 orang  yang diketuai SO.Sarkawi Bin Bakar Stesen Komander Balai Bomba Sg.Liang telah dikerahkan ketempat Insiden.


Setibanya di tempat panggilan, anggota bomba segera memakai peralatan bantuan pernafasan dan bertindak memadamkan kebakaran tersebut.  Semua penghuni rumah tersebut telahpun keluar dengan selamat ke tempat perkumpulan ( Assembly point ) sebelum kereta Bomba sampai dan tidak ada kecederaan atau korban jiwa dilaporkan. Punca serta kerugian masih dalam penyiasatan.


Semasa operasi memadam dijalankan, bantuan jentera jenis jengkaut dan forklift dari syarikat TS Wood bertujuan meleraikan bara-bara api. Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam penyiasatan.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


1. Pastikan menutup (Switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meningalkan bangunan.


2. Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh Syarikat Yang bertauliah mengikut piawaian Yang dikendalikan oleh Pihak Jabatan Elektrik.


3. Memastikan Bangunan dilengkapi dengan  peralatan iaitu alat pemadam API jenis debu kering Dan selimut api (Fire Blanket).


4. Memastikan pegetahuan mengenai tatacara pengunaan alat pemadam api dengan betul bagi tindakan awal memadam kebakaran kecil.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 Dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara Yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi talian kecemasan 995 Dan memberikan maklumat yang tepat.

KEBAKARAN RUMAH DI JALAN ANDULAU 2.jpg

KEBAKARAN RUMAH DI JALAN ANDULAU 3.jpg

Created at 14/08/2023 10:14 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 14/08/2023 10:14 by Shahidah Binti Hj Othman