Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN

INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN.jpg



Bandar Seri Begawan,07 Ogos 2023, Hari Isnin 


Satu insiden kemalangan kereta yang melibatkan kebakaran terjadi di kawasan berdekatan Pos Ofis, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas dengan melibatkan seramai 10 orang anggota Bomba dan 2 buah jentera dari Balai Bomba Bomba Berakas, Cawangan Operasi 'C' hadir ke tempat kejadian yang diketuai oleh SO Norhermi Bin Haji Md Nor.


Setibanya di tempat panggilan didapati tiga buah kereta terlibat dalam kemalangan dan sebuah kereta telah mendapat kebakaran akibat hentakan yang kuat. Anggota Bomba segera memadamkan api menggunakan hose reel. Api berjaya dipadamkan dalam masa 7 minit. Dua orang mangsa telah dikeluarkan terlebih awal oleh orang awam dan dikejarkan ke Hospital RIPAS menggunakan Kereta Ambulans bagi rawatan selanjutnya. Punca serta kerugian masih dalam penyiasatan.


JBP menyarankan orang ramai agar:-


1. Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran pada pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau eletrik.


2. Dinasihatkan mempunyai alat pemadam api jenis debu kering di dalam kereta (1kg atau 2kg)


3. Sentiasa memastikan sebarang pengubahsuaian atau penambahan sistem pendawaian, enjin dan aksesori kereta hendaklah mengikut piawaian yang telah ditetapkan dan technician yang bertauliah.


4. Sebarang kewahaman mengenai pengubahsuaian kenderaan bolehlah dirujuk kepada agen bengkel kenderaan yang bertauliah/ diiktiraf oleh Jabatan Pengangkutan Darat.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 Dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara Yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, sila hubungi talian kecemasan 995 Dan memberikan maklumat yang tepat.

INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN 1.jpg

INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN 2.jpg


INSIDEN KEMALANGAN KERETA MELIBATKAN KEBAKARAN 3.jpg

Created at 09/08/2023 09:23 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 09/08/2023 09:23 by Shahidah Binti Hj Othman