Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGOSONGAN BANGUNAN & PRATIKAL ALAT PEMADAM API

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN.jpg


Bandar Seri Begawan,03 Ogos 2023, Hari Khamis 

29 Julai 2023, seramai 120 orang warga sekolah Riverside Sungai Matan diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Pengosongan Bangunan serta praktikal alat pemadam api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan  Awam, Cawangan Operasi A.

Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga Sekolah disamping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Turut sama hadir bagi  taklimat tersebut ialah Guru Besar Sekolah Riverside School Sg Matan.


Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.


Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.

 

Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN 1.jpg

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN 2.jpg

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN 3.jpg

SEKOLAH RIVERSIDE SUNGAI MATAN 4.jpg


Created at 08/08/2023 10:47 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 08/08/2023 10:47 by Shahidah Binti Hj Othman