Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYERAHAN TERIMA TUGAS BAGI PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN OPERASI ‘D’, DAERAH BRUNEI MUARA

MAJLIS PENYERAHAN TERIMA TUGAS BAGI PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN OPERASI ‘D’, DAERAH BRUNEI MUARA 1.jpg


Brunei Muara, Isnin, 03 Julai 2023 


Majlis Penyerahan Terima Tugas Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi D, telah berlangsung di Balai Bomba Sungai Kebun. Majlis dimulakan dengan tabik hormat daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan kepada Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Amirul Hadi Bin Haji Junaidi dan seterusnya memeriksa barisan kawalan yang terdiri dari 30 orang anggota diketuai oleh ASO Haji Ali Bin Haji Md Noor.


Majlis diteruskan dengan menandatangani lembaran serah terima tugas bagi Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’ di antara Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Amirul Hadi Bin Haji Junaidi dengan Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Noor Aflan Bin Awang Kachi. Dan menerima tabik hormat dari Perbarisan Kawalan Kehormatan kepada Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Noor Aflan Bin Awang Kachi, Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘D’ bermula pada 03 Julai 2023. Bacaan Doa Selamat yang di pimpin oleh Ahli Bomba Kelas Satu No.693 Awang Amilin Bin Mohd Ali.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dari pegawai, anggota dan kakitangan Cawangan Operasi D kepada Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Amirul Hadi Bin Haji Junaidi yang disampaikan oleh Penguasa Bomba dan Penyelamat Mohammad Sophian Bin Haji Mohd Yusuff.


Dikesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 Dan Taklimat keselamatan kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui Tatacara Yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


MAJLIS PENYERAHAN TERIMA TUGAS BAGI PEGAWAI PEMERINTAH CAWANGAN OPERASI ‘D’, DAERAH BRUNEI MUARA 2.jpg

Created at 06/07/2023 10:40 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 06/07/2023 10:40 by Shahidah Binti Hj Othman