Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SERAMAI 589 ORANG WARGA PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN

SERAMAI 589 ORANG WARGA PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN.jpg

Bandar Seri Begawan, 21 Jun 2023, Hari Rabu 

Pada 20 dan 21 Jun 2023 yang lepas, seramai 589 orang warga Pusat Tingkatan Enam Sengkurong diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran serta tatacara menggunakan alat pemadam api yang betul, dikendalikan oleh Unit Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F.

Taklimat tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga sekolah di samping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran.  Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.


Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan kebakaran seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan.


Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.


SERAMAI 589 ORANG WARGA PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 1.jpg

SERAMAI 589 ORANG WARGA PUSAT TINGKATAN ENAM SENGKURONG MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN 2.jpg

Created at 28/06/2023 07:31 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 28/06/2023 07:31 by Shahidah Binti Hj Othman