Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG PENGIRAN BENDAHARA LAMA, MUKIM TAMOI

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG PENGIRAN BENDAHARA LAMA MUKIM TAMOI.jpg




Bandar Seri Begawan,14hb Jun 2023, Hari Rabu 


Pada sebelah pagi, pengkerahan 3 buah perahu bomba melibatkan 18 orang anggota dari Balai Bomba Pelancaran dan Balai Bomba Sungai Kebun ke panggilan kebakaran rumah di kawasan Kampong Pengiran Bendahara Lama yang diketuai oleh SSFR Amirul Hadi bin Haji Junaidi, Pegawai Pemerintah Operasi 'D'.


Setibanya di tempat kejadian, didapati api besar telah membakar keseluruhan sebuah rumah. Anggota bomba segera bertindak memadam kebakaran tersebut dan air diperolehi daripada sumber air terbuka.


Api dapat dikawal dari merebak dalam masa 10 minit. Tidak ada korban jiwa dan kecederaan berlaku. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.


Agensi-agensi kerajaan yang turut hadir adalah Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Daerah Brunei Muara serta Penghulu & Ketua Kampung.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar :-


1. Memastikan kediaman awda dilengkapi dengan peralatan keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api ringkas jenis Debu kering 2 kg dan selimut api (Fire Blanket).


2. Pastikan menutup (switch off) mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah.


3. Jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas pastikan untuk membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.


4. Pastikan penyelanggaran wayar letrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Elektrik.


Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan kebakaran.


KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG PENGIRAN BENDAHARA LAMA MUKIM TAMOI 1.jpg

KEBAKARAN RUMAH DI KAMPONG PENGIRAN BENDAHARA LAMA MUKIM TAMOI 2.jpg

Created at 17/06/2023 07:30 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 17/06/2023 07:32 by Shahidah Binti Hj Othman