Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE-63 TAHUN 2023

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE-63 TAHUN 2023.jpg


Bandar Seri Begawan, pada 18 Mei 2023 yang lalu, Jabatan Bomba Dan Penyelamat telah mengadakan Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Penderma Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), sempena Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba Dan Penyelamat ke 63 tahun bertempat di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Objektif aktiviti in adalah untuk membantu Pusat Penderma Darah bagi mengumpul darah yang diperlukan di Unit Tabung Darah dan ianya jua dapat mencapai keberkesanan yang positif kearah kesedaran khususnya kepada anggota bomba, kakitangan kerajaan dan orang awam sebagai masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin serta "sense of belonging". Aktviti ini juga akan terus dijalankan dari masa kesemasa untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup yang shat dan menanamkan nilai-nilai murni.


Seramai 53 orang telahpun berjaya menderma darah yang terdiri daripada orang awam, kakitangan kerajaan dan pihak swasta serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat. Hadir semasa kempen diadakan ialah Yang Mulia Pemangku Penolong Pengarah Teknikal Abdul Hadi Zulfadli bin Haji Yahya, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, anggota serta kakitangan di JBP 


Jabatan Bomba Dan Penyelamat, khususnya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan kepada Pusat Penderma Darah, Perkhidmatan Makmal Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), dan kepada semua penderma-penderma atas kesudian mereka hadir bag menjayakan kempen darah pada hari ini. Mudah-mudahan dendan adanya kempen menderma darah secara beramai-ramai ini akan membantu mereka yang memerlukan.


Jika berlaku insiden Kecemasan, segeralah menghubungi JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat dan alamat yang tepat.​

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE-63 TAHUN 2023 1.jpg

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI ULANGTAHUN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE-63 TAHUN 2023 2.jpg


Created at 25/05/2023 21:20 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 25/05/2023 21:20 by Shahidah Binti Hj Othman