Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI TAMAN REKREASI BUKIT SHAHBANDAR, JERUDONG

MENCARI DAN MENYELAMAT ORANG SESAT DI TAMAN REKREASI BUKIT SHAHBANDAR JERUDONG.jpg

Bandar Seri Begawan, 08 Mei 2023, Hari Isnin

Pada sebelah petang kelmarin, seramai 4 orang anggota bomba dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh ASO Saini bin Gapor dan seramai 6 orang anggota bomba dari Skuad Khas Balai Bomba Rimba yang diketuai oleh ABK 544 Pg Mezidi bin Pg Hj Serudin telah dikejarkan ke Insiden mencari mangsa yang sesat di Taman Rekreasi Bukit Shahbandar, Jerudong.


Setibanya di tempat kejadian, penyiasatan dijalankan kepada mangsa melalui telefon bimbit di sekitar kawasan hutan tersebut dan anggota bomba segera membuat pencarian melalui maklumat yang telah diberikan.  Mangsa telah di jumpai lebih kurang pada jam 2016 hrs dan seramai 3 orang berada di Kawasan Bukit Luba, lebih kurang 5 Km dari tempat letak kereta Bukit Shahbandar dalam keadaan selamat dan tidak mendapat sebarang kecederaan.


Orang ramai perlu mengambil perhatian akan ketetapan waktu tutup mana-mana taman riadah yang telah ditetapkan oleh mana-mana pihak yang berkaitan supaya tidak terjadinya kejadian yang tidak diingini terutama sekali pada waktu malam atau cuaca tidak menentu.


Jabatan Bomba Dan Penyelamat menyarankan kepada orang ramai agar:-


1. Sentiasa membawa jurupandu yang berpengalaman (guide) untuk masuk ke kawasan hutan


2. Jangan mendaki bukit secara berseorangan atau cuaca mulai gelap atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, ditakuti perkara yang tidak diingini berlaku dan maklumkan kepada keluarga atau kawan-kawan dimana tempat awda hendak tuju.


3. Untuk keselamatan awda semasa hiking disarankan agar awda membawa bersama wisel, lampu, telepon bimbit dan air bagi keperluan jika berlaku kecemasan.


Dikesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 13/05/2023 09:34 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 13/05/2023 09:34 by Shahidah Binti Hj Othman