Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUH RAYA MUARA - TUTONG (berdekatan kawasan Lugu)

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUH RAYA  MUARA - TUTONG (berdekatan kawasan Lugu).jpg


Bandar Seri Begawan, Sabtu, 29 April 2023 


Seramai 8 orang anggota dari Balai Bomba Jerudong yang diketuai oleh DSO Misli Bin Hj Pungut telah dikejarkan ke Insiden Kebakaran Kenderaan di Lebuhraya Muara- Tutong kawasan Lugu yang menuju Tutong di Kilometer 82.6 pada jam 0603 hrs.


Setibanya ditempat kejadian didapati api besar telah membakar bahagian belakang sebuah trailer  yang membawa container  berisi yang kosong.  Anggota bomba segera bertindak memakai set alat pernafasan dan mengeluarkan 1 aliran hos sebanyak 2 batang bagi memadamkan kebakaran tersebut yang mana sumber airnya di perolehi dari jentera bomba.


Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan kebakaran dapat dikawal dalam masa lebih kurang 3 minit.  Punca dan anggaran kerugian masih dalam penyiasatan.


JBP menyarankan orang ramai agar:-


✓ Memastikan pihak syarikat pengangkutan sentiasa menyimpan alat pemadam api jenis ABC dry chemical powder 2kg-4kg bagi mana-mana kenderaan jenis lori,trailer,pickup dll dan tahu tatacara penggunaannya.


✓Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem pendawaian arus eletrik.


✓Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem pendawaian arus eletrik enjin dan aksesori kereta hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan pendawaian terbakar.


Di kesempatan ini JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan,hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

KEBAKARAN KENDERAAN DI LEBUH RAYA  MUARA - TUTONG (berdekatan kawasan Lugu) 1.jpg


Created at 01/05/2023 08:22 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 01/05/2023 08:22 by Shahidah Binti Hj Othman