Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TINGKATKAN KESELAMATAN AWDA SEMASA MUSIM CUACA PANAS DAN KERING

TINGKATKAN KESELAMATAN AWDA SEMASA MUSIM CUACA PANAS DAN KERING.jpg



Bandar Seri Begawan, 05 Syawal 1444H / 26 April 2023M ( Hari Rabu )


Negara Brunei Darussalam pada masa ini mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk keadaan yang panas dan kering yang setentunya dapat mengakibatkan kebakaran hutan dan rumput yang boleh merebak jika tidak dikawal. Tahun ini sahaja bermula dari bulan Januari 2023 hingga 25 April 2023, Jabatan telahpun merekodkan sebanyak 87 panggilan yang melibatkan kebakaran hutan dan rumput dengan jumlah 73 hektar yang terjejas di kempat-empat daerah.


Pada 24 April 2023 yang lepas (Isnin) sebanyak 4 buah jentera dan seramai 27 orang anggota bomba dari Balai Bomba Rimba serta bantuan dari Balai Bomba Lambak Kanan dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita dikejarkan ke Insiden Kebakaran Hutan di Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba yang diketuai oleh Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi ‘C’, SSFR Ema Azeema Bte Haji Abdul Kader Jailani. Turut hadir Pmk. Timbalan Pegawai Pemerintah SFR Mushidee Bin Junaidi dan Stesen Komander Balai Bomba Rimba, Pmk. ASFR Haji Mohammad Nor Bin Haji Ahad. 


Setibanya di tempat panggilan, didapati api besar membakar kawasan hutan sekitar Jalan 99, Rancangan Perumahan Negara Kampung Rimba. Ahli-Ahli Bomba segera bertindak memadam kebakaran dengan mengeluarkan 15 batang hos bagi 3 aliran dan air yang diperolehi daripada tangki air jentera bomba, pili-pili bomba yang berdekatan. Anggota Bomba juga menggunakan snap tank, ranting-ranting kayu bagi pemadaman kebakaran yang jauh ke dalam hutan. Luas kebakaran dianggarkan mencecah 15 hektar di atas tanah kerajaan.


Operasi tersebut telah melibatkan anggota bomba berusaha untuk memadam kebakaran  jauh ke dalam hutan, dilereng bukit-bukau dan berdekatan kawasan perumahan yang mencabar untuk dipadamkan bagi memastikan ianya tidak melarat dan berlarutan. Punca api masih dalam siasatan dan tidak ada kemalangan jiwa berlaku.


Jabatan Bomba dan Penyelamat menekankan kepada orang ramai agar :


✓ Elakkan dari melakukan pembakaran terbuka.


Jika berlaku sebarang insiden hubungi terus talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.

TINGKATKAN KESELAMATAN AWDA SEMASA MUSIM CUACA PANAS DAN KERING 1.jpg


Created at 01/05/2023 08:18 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 01/05/2023 08:18 by Shahidah Binti Hj Othman