Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

INSIDEN KEMALANGAN JALANRAYA DI KAWASAN BERIBI

INSIDEN KEMALANGAN JALANRAYA DI KAWASAN BERIBI.jpg


Bandar Seri Begawan, 30 Ramadhan 1444H / 21 April 2023, Hari Jumaat


Seramai 9 orang anggota bomba dari Balai Bomba Beribi, Cawangan Operasi ‘A' telah dikejarkan ke insiden kemalangan kereta yang berlaku kemlarin berhadapan bangunan Annajat Complex, Beribi yang diketuai oleh ASO Sohardi bin Hj Piut.


Apabila tiba di tempat panggilan didapati 2 buah kereta telah mendapat kemalangan di atas jalanraya. Anggota bomba segera bertindak membuka kepala battery kereta tersebut menggunakan crowbar dan membersihkan serpihan kaca di atas jalaraya menggunakan 1 hose reel. Air diperolehi daripada tangka jentera WRL 27. Akibat kemalangan tersebut 2 orang mendapat kecederaan yang mana seorang mendapat kecederaan sakit di bahagian leher dan belakang manakala seorang lagi mendapat kecederaan patah di bahagian tangan kiri.


JBP menyarankan orang ramai agar:-


✓Pengguna sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik dan selamat secara keseluruhan sebelum digunakan seperti memastikan tiada sebarang kebocoran dan pam yang boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada engine blok yang panas atau sistem eletrik.


✓Pengguna sentiasa memastikan mana-mana pengubahsuaian atau penambahan sistem eletrik enjin dan aksesori kereta serta pendawaian hendaklah mengikut piawaian yang betul oleh mekanik yang bertauliah. Kerana Arus eletrik kenderaan yang tinggi boleh menyebabkan kabel terbakar dan kebakaran.


Di kesempatan ini, JBP ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Fire Marshal dan Taklimat Keselamatan Kebakaran. Bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.


Jika berlaku sebarang insiden kecemasaan hendaklah berhubung terus kepada pusat gerakan JBP melalui talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


Created at 26/04/2023 08:03 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 26/04/2023 08:03 by Shahidah Binti Hj Othman