Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA SEMPENA SAMBUTAN HARI BOMBA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KE - 63 TAHUN 2023

MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA.jpg


Bandar Seri Begawan,07 April 2023, Hari Jumaat 


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan majlis membaca Surah Yassin dan Tahlil bertempat di Kubah Makam Diraja pada 6 April 2023 sempena Sambutan Hari Bomba yang ke-63 tahun bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji Abdul 'Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. 


Hadir di majlis tersebut adalah Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi, Pemangku Penolong-Penolong Pengarah dan seramai 150 orang anggota yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Anggota serta Kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Turut hadir adalah Yang Mulia Awang Mohammad Khairol bin Haji Bakar dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.


Majlis berkenaan adalah diantara majlis keugamaan yang telah disusun oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan disamping itu juga akan meneruskan beberapa aktiviti keugamaan dan kebajikan sempena Sambutan Hari Bomba yang ke-63 tahun.


Surah yassin dan tahlil dipimpin dan dibacakan oleh Guru Pengawas Kadet Bomba UNISSA, Yang Mulia Ustaz Razali bin Haji Aji. 


Di kesempatan ini JBP mengingatkan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam menyambut kedatangan bulan Syawal untuk lebih berhati-hati dan tidak lalai dalam mencegah kebakaran dan perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku.


Jika berlaku kecemasan, hubungi Talian Kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


MAJLIS MEMBACA SURAH YASSIN DAN TAHLIL DI KUBAH MAKAM DIRAJA  1.jpg

Created at 12/04/2023 08:20 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 12/04/2023 08:20 by Shahidah Binti Hj Othman