Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS DOA SELAMAT DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KALI KE-63, BAGI TAHUN 1444H/2023M

MAJLIS DOA SELAMAT DAN DOA KEYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KALI KE 63.jpg



Bandar Seri Begawan, 7 April 2023, Hari Jumaat


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengadakan Majlis Doa Selamat dan Doa Kesyukuran pada 4 April 2023, bertempat di Surau Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Landasan Lama Berakas. Seramai 150 orang terdiri daripada pegawai dan anggota menghadiri majlis berkenaan.


Turut hadir Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Yang Mulia Awang Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi, Pemangku Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai, Anggota serta kakitangan di Jabatan Bomba dan Penyelamat.


Aturcara majlis dimulakan dengan membaca Surah Yassin, Ratib Al-Attas, doa kesyukuran dan seterusnya doa penutup yang dibacakan oleh Kadet Bomba UNISSA Yang Mulia Mohd Waseem bin Mohd Rizal.


JBP juga ada menyediakan program-program seperti Kursus Fire Marshal, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan kebakaranbagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara penggunaan alat pemadam api yang betul. 


Jika berlaku sebarang insiden kecemasan hubungi talian kecemasan 995 dan memberikan maklumat yang tepat.


MAJLIS DOA SELAMAT DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KALI KE 63 1.jpg

MAJLIS DOA SELAMAT DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA HARI ULANG TAHUN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT KALI KE 63 2.jpg

Created at 10/04/2023 09:10 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 10/04/2023 09:10 by Shahidah Binti Hj Othman