Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

LAWATAN MUHIBAH YANG AMAT SETIA TIMBALAN KETUA PENGARAH (OPERASI) SERTA PEGAWAI DAN ANGGOTA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

LAWATAN MUHIBAH.jpg




Bandar Seri Begawan,  pada 21 Mac 2023 yang lepas, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telahpun menerima lawatan rombongan seramai 14 orang dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang ketuai oleh Yang Amat Setia Dato’ Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi).


Ketibaan rombongan lawatan disambut mesra oleh Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Yang Mulia Awang Azmi bin Haji Hafneh, Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Yang Mulia Awang Haji Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi serta Penolong - penolong pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan,Pegawai-Pegawai, Anggota dan Kakitangan di Jabatan ini bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.


Yang Amat Setia Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) seterusnya menandatangani lembaran kenangan. Lawatan berkenaan bertujuan untuk membincangkan MOU pengurusan operasi memadam kebakaran dan menyelamat, penawaran latihan dan juga kursus-kursus serta sukan persahabatan.


LAWATAN MUHIBAH 1.jpg

LAWATAN MUHIBAH 2.jpg

LAWATAN MUHIBAH 3.jpg

Created at 03/04/2023 08:27 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 03/04/2023 08:27 by Shahidah Binti Hj Othman