Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

SEKOLAH UGAMA BERIBI, TELANAI MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGOSONGAN BANGUNAN & PRATIKAL ALAT PEMADAM API

SEKOLAH UGAMA BERIBI, TELANAI MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGOSONGAN BANGUNAN DAN PRATIKAL ALAT PEMADAM API.jpg


Bandar Seri Begawan, 26 Mac 2023, Hari Ahad 


Pada 21 Mac yang lepas, Seramai 569 orang warga sekolah Ugama Beribi, Telanai diberikan Taklimat Keselamatan Kebakaran & Pengosongan Bangunan serta Pratikal alat pemadam api yang dikendalikan oleh Unit Perhubungan  Awam, Cawangan Operasi A.


Taklimat adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya kebakaran kepada warga Sekolah Ugama Beribi, Telanai disamping memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran. Turut sama hadir bagi  taklimat tersebut ialah Cikgu Maladiah Binti Liman, Guru Besar Sekolah Ugama Beribi, Telanai.serta Cikgu Hj Harun bin Hj Zakaria.


Latihan Pengosongan Bangunan seharusnya dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.


Jabatan ini juga menyediakan program-program keselamatan seperti Taklimat Keselamatan Kebakaran, Kursus Life Saver 995 dan Kursus Fire Marshal bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan kebakaran dan cara menangani kecemasan. 


Jika berlaku sebarang kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dan berikan maklumat yang tepat.

SEKOLAH UGAMA BERIBI, TELANAI MENGIKUTI TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN, PENGOSONGAN BANGUNAN DAN PRATIKAL ALAT PEMADAM API 1.jpg


Created at 29/03/2023 09:06 by Shahidah Binti Hj Othman
Last modified at 29/03/2023 09:06 by Shahidah Binti Hj Othman